RM 17 juta dibelanja sehari hantar SMS

Pada masa sekarang, topup prepaid merupakan suatu kepentingan dalam kehidupan rakyat Malaysia, hampir keseluruhan tempat pengguna topup prepaid berada dan jika anda menjadikan topup prepaid ini sebagai perniagaan, ia pasti amat menguntungkan anda.

3 Keuntungan hebat

Keuntungan yang anda dapat ketika menjual topup. Jumlah pengguna topup sememangnya ramai, setiap hari jumlah pengguna topup semakin bertambah, lihat sahaja di kawasan kejiranan anda. Berapa orang yang menggunakan handphone? Majoriti pengguna handphone menggunakan topup.

10 Pakej pilihan **PROMOSI**

i-Prepaid 2u menyediakan sehingga 10 pakej/pangkat Standard untuk anda. Setiap pakej/pangkat mempunyai kelebihan dan keuntungan yang berbeza. Semakin tinggi pakej/pangkat yang anda ambil, semakin tinggi keuntungan yang anda peroleh.

If you are going [...]

Tentang i-Prepaid 2u

i-Prepaid 2u merupakan General Manager(GM) yang berdaftar dengan server AnA Mobile yang diterajui oleh ZM Easy Mobile (KT0230033-M) carian SSM. Server AnA Mobile merupakan server yang terbaru dengan pelan pemasaran yang hebat pernah dikeluarkan oleh ZM Easy Mobile.

Download tutorial Bisnes i-Prepaid 2u

Setiap agen i-Prepaid 2u akan diberi guide line dan tutorial lengkap sebagai rujukan dan kegunaan anda. Teknik pemasaran samada secara online dan offline juga disertakan sekali. Penjelasan lengkap telah dinyatakan dalam tutorial yang disediakan khas untuk agen i-Prepaid 2u.

HMETRO : Wanita New Delhi dapat ‘senjata baru’ hadapi perogol [Jumaat | 14/10/2011]

NEW DELHI: Wanita di bandar raya ini tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.

Butang itu juga menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa.

Polis berkata, satu daripada setiap empat kes rogol di India berlaku di New Delhi.

Biasanya, mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan.Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.

Namun, melalui kemudahan Fight Back itu, wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis.

Ia juga dipaparkan dalam Facebook dan Twitter.

Perkhidmatan itu akan dilancarkan bulan depan. Pengasas bersama Whypoll yang pencipta aplikasi itu, Hindol Sengupta, berkata keselamatan wanita menjadi isu besar di India.

Sumber
Hmetro

i-Prepaid 2u<Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>

By Admin with No comments

HMETRO : Kata laluan laman web jadi wasiat [Jumaat | 14/10/2011]

LONDON: Amalan menuntut pusaka dengan mendaftar masuk ke sistem komputer bakal menjadi amalan lazim apabila semakin banyak kata laluan Internet dimasukkan ke surat wasiat.

Hasil kajian itu diterbitkan ketika ramai pengguna menyimpan pelbagai barangan berharga, termasuk filem, video dan muzik, dalam dunia maya melalui pelbagai perkhidmatan seperti Hotmail, Facebook, iCloud dan Flikr.

Kajian menunjukkan, 25 peratus daripada 2,000 orang dewasa menyimpan harta mereka yang bernilai lebih 200 (RM986) di dalam talian.Hampir satu pertiga menganggap, nilai itu memadai untuk diwariskan kepada orang tersayang dan 11 peratus pula sudah menuliskan kata laluan Internet dalam wasiat masing-masing.

Tanpa kata laluan dalam wasiat, semua harta berkenaan akan hilang.

Kajian itu - dilakukan syarikat komputer Rackspace - mendapati 53 peratus responden menyimpan “harta” dalam perkhidmatan Internet.

Rackspace menganggarkan warga Britain mengumpulkan kira-kira RM11.3 bilion wasiat digital setakat ini.

Jumlah itu diperoleh dengan mendarabkan 24 peratus daripada 11,568,000 populasi Britain berusia lebih 18 tahun dengan 200, iaitu nilai purata fail yang ada dalam talian.

Sumber
Hmetro

i-Prepaid 2u<Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>

By Admin with No comments

HMETRO : Tok guru minta zakat tebus dosa [Jumaat | 14/10/2011]

IPOH: Demi syurga diimpikan, puluhan pengikut taksub sebuah kumpulan ajaran sesat persis ajaran Ayah Pin sanggup membayar pelbagai jenis ‘zakat pelik’ kepada seorang lelaki yang menjanjikan balasan syurga selepas meninggal dunia.

Pengikut yang percaya sepenuhnya ajaran berbentuk tarekat dibawa lelaki berusia 69 tahun itu sanggup membayar zakat keluarga, zakat perjalanan, zakat kenderaan dan zakat kesihatan diperkenalkan guru ajaran sesat berkenaan.

Sumber Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) berkata, guru terbabit yang memperkenalkan ajaran menyimpang daripada Islam turut mempromosikan zakat rohani yang didakwa dapat menggantikan ibadat haji ke Makkah yang menjadi Rukun Islam keempat mengikut ajaran berkenaan.Menurutnya, guru ajaran tarekat itu dianggap sesat dan menyesatkan apabila turut mendakwa boleh berkomunikasi terus dengan malaikat selain boleh meramal tarikh kematian manusia.

Perkara itu didedahkan bekas pengikut ajaran berkenaan yang mendakwa guru terbabit mempergunakan murid serta pengikutnya untuk memperoleh kemewahan secara mudah.

Sumber
Hmetro

i-Prepaid 2u<Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>

By Admin with No comments

HMETRO : Dibunuh rakan senegara [Jumaat | 14/10/2011]

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dibelasah dan ditikam dua lelaki dipercayai
rakan senegaranya di Jalan Brunei di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Sonam, 20, dikejar dua lelaki sebelum terjatuh.

Saksi dikenali Bari, 20-an berkata, kedua-dua lelaki itu terus bertindak membelasah mangsa yang terjatuh sebelum seorang suspek mengeluarkan pisau dan menikam Sonam.

“Sebaik melihat mangsa sudah tidak bergerak, suspek terus melarikan diri,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata, punca kematian mangsa masih dalam siasatan kerana saksi terbabit masih belum tampil membantu siasatan.Menurutnya, polis menyedari kejadian apabila pasukan peronda (MPV) yang kebetulan melalui kawasan itu mengesyaki sesuatu berlaku selepas melihat orang ramai berkumpul.

“Hasil pemeriksaan anggota polis mendapati seorang lelaki warga Myanmar maut di tempat kejadian dengan kesan tikaman di dada.

“Mereka kemudian melaporkan kejadian itu kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
PERIKSA... Anggota forensik membuat pemeriksaan ke atas mayat warga Myanmar yang mati dibunuh
Zulkarnain berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya.

Sumber
Hmetro

i-Prepaid 2u<Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>

By Admin with No comments

HMETRO : Dapat ribuan ringgit dari jemaah surau mengucap kutip duit [Jumaat | 14/10/2011]

KUALA LUMPUR: Mengaku mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan berkopiah bagi menunjukkan perwatakan alim dikesan menjadi taktik baru sekumpulan individu tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai terutama umat Islam bertujuan membolehkan mereka mendapat bantuan dan wang dengan cara mudah.

Lebih licik, kumpulan individu terbabit menyasarkan surau di kawasan elit untuk mereka berpura-pura melafazkan kalimah syahadah, sekali gus meraih simpati jemaah untuk menghulurkan bantuan kepada ‘saudara baru’ yang hanya menyasarkan wang ringgit.

Kegiatan kumpulan itu dikesan seorang penceramah agama yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mengalami sendiri peristiwa berkenaan sebelum menyedari golongan itu tidak ikhlas untuk memeluk Islam, sebaliknya inginkan bantuan semata-mata.
PERDAYA...dua lelaki yang didakwa menyamar saudara baru
Penceramah itu yang mahu dikenali sebagai Asri berkata, dia didatangi mualaf yang dikenali sebagai Ibrahim, 50-an, membawa seorang rakannya, Ong, 56, kedua-duanya berasal dari Johor sambil mengaku ingin memeluk Islam ketika dia memberi ceramah di surau di Gombak di sini, 19 September lalu.Selain itu, katanya, jawatankuasa surau berkenaan memaklumkan kepadanya selepas Ong, Ibrahim turut membawa sekurang-kurangnya empat penganut agama lain bagi tujuan memeluk Islam di surau berkenaan dengan modus operandi hampir sama dengan kes terdahulu.

Sumber
Hmetro

i-Prepaid 2u<Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>

By Admin with No comments

HMETRO : ‘Anu’ putus terkena bilah mesin bajak [Khamis | 13/10/2011]

MARANG: Tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU), berehat di atas sebuah jentera pembajak berakhir dengan tragedi apabila dia terjatuh di belakang jentera berkenaan yang tiba-tiba bergerak sebelum bilah mata pembajak itu mengenai seluarnya menyebabkan kemaluannya putus dalam kejadian di sebuah ladang penternakan di Serating, di sini.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 12 tengah hari Ahad lalu, mangsa seorang lelaki berusia 36 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu, sedang menjalani latihan amali di ladang berkenaan.

Sumber berkata, mangsa yang mahu berehat bertindak menaiki sebuah traktor yang digunakan untuk membuat batas sayuran di ladang penternakan itu.

“Difahamkan mangsa terjatuh di atas bilah mata mesin bajak itu yang tiba-tiba bergerak dan alat berkenaan kemudian dikatakan memulas bahagian seluar panjang mangsa sehingga dipercayai memutuskan kemaluannya,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa yang kesakitan dan berlumuran darah menerima bantuan daripada rakannya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.Sumber berkata, penyelia ladang ternakan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang pada jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu, dan laporan berkenaan dirujuk ke Balai Polis Merchang kerana kejadian berkenaan berlaku di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahya yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa kemudiannya dihantar untuk rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, bagi menyambung semula kemaluannya yang putus.

Sumber
Hmetro

i-Prepaid 2u<Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>

By Admin with No comments

HMETRO : ‘Kuliah’ seks empat gadis [Khamis | 13/10/2011]

KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.

Sumber
Hmetro

i-Prepaid 2u<Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>

By Admin with 1 comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Popular
  • Categories
  • Archives