HMETRO : Peminat menangis Rain masuk kem tentera [Rabu | 12/10/2011]

SEOUL: Bintang pop Korea Selatan, Rain, memasuki kem tentera semalam untuk memulakan perkhidmatan ketenteraan wajib disaksikan peminat yang menitiskan air mata untuknya.

Sambil tersenyum dan memberikan tunduk hormat, Rain melambaikan tangan kepada kira-kira 1,000 orang yang menunggu di luar kem di utara Seoul.

“Terima kasih kerana datang. Kita berjumpa lagi nanti,” katanya.

Turut berada di situ, sekumpulan wartawan.Kebanyakan peminat, termasuk beratus-ratus dari Jepun, Taiwan, China dan negara lain di Asia, menangis ketika Rain, 29, hilang daripada pandangan mereka.

Rain - atau nama sebenarnya Jung Ji-Hoon - seorang daripada penyanyi lelaki Korea Selatan paling popular dan turut menyumbang kepada kebangkitan budaya pop negara itu di seluruh dunia.

Dia akan menjalani latihan asas selama lapan minggu di kem itu sebelum ditempatkan di mana-mana pangkalan tentera untuk 22 bulan.

Masih dianggap berperang dengan Korea Utara secara teknikal, Korea Selatan mewajibkan semua lelaki negara itu menyertai tentera. - AFP

Sumber
Hmetro

Ikuti berita yang sama di Kosmo! pula.

i-Prepaid 2u<Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>

By Admin with No comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Popular
  • Categories
  • Archives