BEBERAPA pejuang anti-Muammar Gaddafi duduk di atas sebuah peluru berpandu Scud di luar sebuah kampung dekat Sirte, Libya kelmarin |
Peluru berpandu mudah alih SA-7 buatan bekas negara Kesatuan Soviet (USSR) yang dilengkapi peledak kuat dan alat pengesan infra merah itu boleh mencetuskan ancaman serius di Sahel yang merupakan lokasi tempat sekutu kumpulan Al-Qaeda aktif beroperasi.
Beberapa orang bimbang peluru berpandu itu akan digunakan untuk menyerang pesawat komersial jika ia jatuh ke tangan orang yang salah.
Namun, beberapa pihak lain menyatakan, ia sukar digunakan dan jika tidak dijaga dengan baik, ia akan menjadi besi sekerap.
beberapa sumber menyatakan, kebanyakan peluru berpandu itu ditemui dalam pasaran gelap di rantau Sahara Afrika yang mungkin ditawarkan kepada kumpulan-kumpulan seperti Al-Qaeda.
"Kami menerima maklumat mereka sedang mencari buku panduan (untuk menggunakannya) dalam bahasa Arab," kata seorang pakar antikeganasan Perancis kepada agensi berita AFP.
Peluru-peluru berpandu itu ditinggalkan oleh rejim Gaddafi yang tumbang menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. - Agensi
Sumber
Kosmo!
i-Prepaid 2u <Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>
0 comments:
Post a Comment