ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.
Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa.Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
MANGSA BAPA TIRI...polis mengangkat mayat mangsa untuk dibedah siasat, semalam. |
Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.
Sumber
Hmetro
i-Prepaid 2u<Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>
2 comments:
tersiksanya budak tu. nak menangis je rasanya. kejam benar lelaki tu. agaknya selama ni memang selalu kena rotan.
Kesian budak tu, akak boleh ikuti kisah selanjutnya di Azab sebelum mati didera
Post a Comment