RAIN memberi tabik hormat di depan para peminatnya di luar sebuah latihan tentera di Uijeongbu, utara Seoul semalam.- Reuters |
Rain yang nama sebenarnya, Jung Ji-hoon merupakan sebahagian daripada gelombang drama Korea dan muzik yang melanda Asia sejak dekad lalu.
Album ketiganya, It's Raining dijual satu juta unit di Asia selepas ia dikeluarkan pada 2004.
"Amat sedih kerana Rain akan pergi (menjalani perkhidmatan ketenteraan) selama dua tahun," kata seorang peminat dari Jepun, Sachiko yang datang ke Korea Selatan untuk menyaksikan konsert terakhir penyanyi tersebut dan menjadi saksi dia memasuki perkhidmatan ketenteraan.
"Saya pasti, semua peminatnya di Jepun mahu berada di sini hari ini. "Justeru, kami mahu memastikan kami melihatnya pergi," tambahnya.
DUA peminat menangis semasa berhimpun di luar sebuah pusat latihan tentera di Uijeongbu, utara Seoul semalam. - Agensi |
Dia pernah menjadi pelakon utama dalam filem kedua Hollywoodnya, Ninja Assassin yang menyebabkan dia memenangi anugerah daripada MTV.Rain yang merupakan pemenang undian majalah Time pada 2006, 2007 dan 2011 akan menjalani perkhidmatan kerahan tentera selama 21 bulan dalam pasukan tentera Korea Selatan.
"Terima kasih kerana menyayangi saya dengan amat sepenuhnya sejak 10 tahun lalu.
"Selamat jalan dan saya akan kembali," kata Rain kepada para peminatnya.
Penyanyi itu yang dikenali ramai dalam drama Secret Garden menarik perhatian ribuan peminatnya apabila dia menandatangani perkhidmatan ketenteraan pada tahun ini.
RATUSAN peminat mengerumuni pintu masuk sebuah pusat latihan tentera di Uijeongbu, utara Seoul untuk melihat Rain semalam. - Agensi |
Sumber
Kosmo
Ikuti berita yang sama di HMETRO pula.
i-Prepaid 2u<Menjana pendapatan pasif dengan prepaid, agen i-Prepaid 1 Malaysia diperlukan>
0 comments:
Post a Comment